Select Menu

Slider

Travel

Performance

Tazkirah

My Place

Slider

Busines

Online

Videos

» » » Jadual Terkini ETS KTM Mulai September 2015
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Jadual terkini tren ETS KTM mulai September 2015. Saya baru-baru ini mahu menempah tiket ETS dari Parit Buntar ke KL Sentral, dan baru tahu rupa-rupanya perjalanan tren ETS telah ditambah. Terkini, jumlah tren KTM yang terlibat untuk perjalanan dari utara ke selatan sudah bertambah menjadi 4 perjalanan pergi balik. Ini termasuklah tren KTM Ekspres Rakyat dan Senandung Langkawi serta ETS Gold dan ETS Inter-city.

Dek kerana pertambahan tren untuk perjalanan utara selatan menerusi KTM ini, maka terdapat beberapa perubahan dari segi jadual perjalanan tren-tren yang terlibat termasuklah tren ETS dari Padang Besar ke Kuala Lumpur dan sebaliknya, tren ETS Ipoh ke KL Sentral dan juga tren ETS Ipoh ke Padang Besar.



Saya kongsikan info terbaru ini berkaitan jadual terkini ETS KTM yang dijadualkan mulai kuat-kuasa mulai 1 September 2015 secara rasmi.

Jadual Terkini ETS KTM Mulai September 2015


Malah tambahan dua tren ETS KTM telah dibuat melibatkan sektor perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur (KL Sentral) - Butterworth. Tambang penuh bagi laluan ini adalah RM59.00 sehala.



Baguslah sudah ada tren tambahan ETS ini, malah sudah ada perkhidmatan baru diperkenalkan oleh KTM untuk perkhidmatan KTM Intercity melibatkan perjalanan dari JB Sentral ke Hatyai. Koc-koc KTM Intercity juga sudah serba-baru membuktikan bahawa keretapi masih ada tempat di hati rakyat Malaysia yang mahukan perjalanan selamat, selesa dan menjimatkan.

Nanti saya akan kongsikan cara-cara untuk melakukan pembelian tiket KTM secara online, serta perkara-perkara melibatkan tiket online. Ini termasuk cara nak dapatkan refund harga tiket, cara tukar tarikh perjalanan dan sebagainya.

Share dan like artikel ini untuk lebih ramai tahu mengenai servis serba baru dari KTM ini.

About teamxtremerich

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply

Remote Submitter



Buy and Sell text links