Select Menu

Slider

Travel

Performance

Tazkirah

My Place

Slider

Busines

Online

Videos


2.AlHilmu (PENYANTUN)

 ÙˆَّاِØ°َا Ø®َاطَبَÙ‡ُÙ…ُ الۡجٰÙ‡ِÙ„ُÙˆۡÙ†َ Ù‚َالُÙˆۡا سَÙ„ٰÙ…ًا‏ 
....Dan apabila ditegur oleh orang-orang yng jahil mereka berkata perkataan yang mengandungi kesejahteraan.Al-Furqan, Ayat 63

-Sifat yang kedua, ialah menerangkan keadaan kita semasa bergaul dengan orang yang jahil (bukan tiada ilmu tetapi orang yang buruk akhlaknya). Keadaan ‘Ibadurrahman yang mengucapkan kata yang baik berupa bebas dari perkataan dosa, celaan dan akibat yang kurang baik bererti salam sejahtera, dan tidak membalas dengan kata-kata tidak elok walaupun berkemampuan untuk membalas apabila orang jahil menyapa mereka (berkata kata-kata tidak elok pada kita) dan tidak marah kerana ‘Ibadurrahman tidak marah melainkan marah kerana menegakkan hukum ALLAH, marah membela kebenaran akidah, syariat dan maruah umat bukan diri sendiri dan dunia.

-Seorang ‘Ibadurrahman tidak mempedulikan kata-kata kesat orang yang jahil dengan tidak membalasnya kerana jika dia melayannya, tentu dia tidak boleh istiqamah dalam kehidupannya, tidak tenang dan sibuk dan membuang masa dengan kebatilan. Sebaliknya dia lebih suka melapangkan dadanya dan berkata benar dan lidahnya tidak dibasahkan dengan gurauan tetapi dengan berzikir pada ALLAH, baca AQ, bertahmid dan sibuk dengan urusan yang lebih besar, sibuk dengan urusan agamanya, urusan umatnya (tidak sibuk membela dirinya).

-Anas Ibn Malik pernah ditanya tentang ayat ini, dia berkata:” Maksudnya,adalah seseorang yang apabila ada saudaranya mencaci dirinya, dia berkata:” Jika apa yang kau katakan ini benar, moga ALLAH mengampuni kesalahanku, jika dusta, moga ALLAH mengampuni kesalahanmu”. Dengan cara ini,api kemarahan akan padam.

- -
1. AtTAWADDHU



-Sifat yang pertama ini, adalah mereka berjalan dimuka bumi dalam keadaan rendah hati. Dengan ungkapan ini, dapat kita gambarkan cara berjalan dan sifat berjalan yang semuanya mempunyai nilai disisi ALLAH. Orang yang mukmin berjalan dengan tenang, rendah-hati penuh kewibawaan sebagai orang yang mengetahui mereka berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah jua.

-Berjalan dengan rendah hati bukan bermakna kita membongkok-bongkokkan diri seperti orang sakit kerana Nabi S.A.W tidak berbuat begitu bahkan dengan cara sederhana, iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Inilah cara berjalannya orang mukmin, yang mengandungi kekuatan tetapi tawaduk.


-Setiap orang, mukmin harus belajar sikap tawaduk,merendahkan diri di hadapan ALLAH, siapa yang merendahkan diri kepadaNYA, ALLAH akan meninggikannya dimana dia merasa hina dimatanya, tetapi mulia dimata manusia dan sebaliknya. Tawaduk nampak dalam cara berjalan, jika wanita muslimah, dia berjalan dengan malu-malu seperti puteri Nabi Syuaib a.s bertemu Nabi Musa a.s (Al-Qasas: 25) dan seperti penjelasan ALLAH tentang cara muslimah berjalan. ( An-Nur:31)
- - - -
Ibadur Rahman.




Didalam Surah Al-Furqan ayat 63-67, ALLAH S.W.T telah berfirman dan menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat sebenar ‘Ibadurrahman atau hamba Yang Rahman untuk dijadikan 
teladan untuk diikuti dan dicontohi. 
                                                                                                                                                      Apakah dia ‘Ibadurrahman?
 ‘Ibadurrahman adalah golongan hamba yang menghambakan 
diri mereka pada ALLAH semata-semata. Tetapi, terdapat juga golongan hamba yang lain seperti hamba syaitan, hamba taghut, wang dan sebagainya.
‘Ibadurrahman ini disandarkan kepada Zat ALLAH Yang Suci (Ar-Rahman) yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak untuk mendapat rahmat ALLAH dan mereka selalu berada dalam lingkungan rahmat ini dimana rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.
Apakah kita juga ingin termasuk golongan ‘Ibadurrahman? Apakah kita ingin menyandarkan diri pada ALLAH? Adakah kita ingin menjadi salah seorang dari mereka? Jika kita menginginkan, maka ketahuilah sifat-sifat mereka sehingga kita terdorong untuk termasuk dalam golongan sebenar-benar hamba disisi ALLAH S.W.T Pemerintah Sekalian Alam. ALLAHUAKBAR!
Tetapi, hakikatnya ia bukan terletak pada ucapan dan pengakuan sahaja kerana berapa banyak manusia yang berkata: ‘Aku termasuk dalam ‘Ibadurrahman, tetapi perilakunya mengatakan:’Engkau ‘Ibadusy-syaitan, hamba syaitan bukan 
IBADURRAHMAN! Na’uzubillahiminzalik…

CIRI-CIRI IBADURRAHMAN

3. Qiamullail
4. Al-khaufu minan nar (TAKUT NERAKA)
5. BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA
6. AtTAUHID
 7.MENJAUHI PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI ERTI HIDUP
8.MENJAUHI ZINA
9.TAUBAT NASUHA


- -

Munah Bakar, 76, masih gigih menghasilkan penyapu lidi yang menjadi sumber pendapatan, selepas kematian suami, lapan tahun lalu dan tinggal seorang diri di Kuala Bekah, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebelum ini, warga emas ini bergantung pada bantuan JKM RM300 sebulan tetapi tidak menerimanya lagi kerana akaunnya tidak dikemas kini. Rumah yang didiaminya juga daif, dengan sebahagian kayu dimakan anai-anai serta nasibnya telah mendapat perhatian Pertubuhan Kebajikan Anak Penaga (PERKAP).
- - -
Rakan-rakan dari SUARAM, Otai Reformasi, PSM, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis telah mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang merangkul Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan PH. Mereka khuatir akan berlaku penyimpangan dari landasan gagasan Reformasi dan agenda perubahan. Ada pandangan yang mencurigai muslihat sebenar yakni memadamkan keterlanjuran lalu termasuk penahanan tokoh politik dan aktivis rakyat, pelanggaran hukum dan rasuah. Paling tajam adalah dakwaan bahawa akan berlaku ikhtiar untuk memulihkan corak pemerintahan dan tatakelola era lampau yang juga autokratik seperti rejim kini.

Luahan tersebut adalah dari rakan-rakan setia dan prihatin, yang turut mengalami keperitan perjuangan dan banyak membantu melonjakkan kekuatan pembangkang. Kegusaran tersebut memang berlegar di kalangan masyarakat dan dihebah di media milik UMNO-BN.

Saya hargai teguran rakan-rakan dan menggesa pimpinan PH berlapang dada berunding dan menjelaskan kedudukan sebenarnya. Kerana sesungguhnya, politik baru yang dijana PH tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit; tetapi mengambilkira rintihan, denyut nadi rakyat. Pada asasnya, PH adalah sebahagian utama dari gerakan rakyat. Malah dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat sebelumnya - dasar bersama, manifesto dan belanjawan alternatif dilakar dan diolah setelah menimba pandangan rakan-rakan NGO, aktivis termasuk BERSIH. PH akan lebih kukuh dengan memberi ruang wacana segar; menghimpun semua tenaga progresif rakyat dengan hasrat mendamba kebebasan dan keadilan.

Muafakat inklusif PH memuktamadkan prinsip asas perjuangan ke arah negara demokratik, adil dan saksama. Dasarnya tidak samar melalui retorik umum, tetapi menggagaskan tonggak negara hukum dengan memulihkan kewibawaan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), badan kehakiman, penguatkuasaan, dan menghindari kerakusan, amalan rasuah, kronisme dan kleptokrasi. Dasar ekonomi negara perlu menjurus kepada pemacuan pertumbuhan dan jaminan pengagihan adil dan peduli rakyat. Kita menolak dasar ekonomi pemerintah UMNO-BN yang memelihara kepentingan kelompok kecil mahakaya dan mendera rakyat melalui sistem percukaian dan GST; lesen dan kenaikan harga barang. PH lebih jelas dan tegas dalam usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sambil menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Memartabatkan kedudukan Islam harus disertai nilai dan etika luhur; tidak hanya pada lambang tetapi membiakkan rasuah dan kezaliman. Penghayatan Islam termasuk pemerkasaan Mahkamah Syariah perlu dilaksanakan dengan jaminan tegas memelihara hak dan kebebasan penganut agama lainnya.

Pada hemat saya kehadiran Tun Mahathir dan Bersatu adalah dalam kerangka memperluas jaringan dukungan kepada agenda perjuangan yang lebih disepakati. Secara peribadi saya alukan kesediaan Tun untuk turun mengharungi perjuangan bersama. Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani. Beliau harus diberikan ruang untuk membantu memperluas jaringan gerakan rakyat. Struktur PH tidak boleh disamakan dengan BN. PH adalah wadah demokratik, memimpin bersama dalam pasukan ketua-ketua parti. Kekhuatiran yang disuarakan mengenai kemungkinan seorang Pengerusi parti mengelencong dari hala tuju yang disepakati tidak mungkin dalam struktur yang wujud. Dasar bersama yang dipersetujui telah didedah kepada khalayak secara telus. Ia adalah agenda rakyat yang diusung oleh PH. Kita perhatikan saja prestasi negeri Selangor dan Pulau Pinang serta wewenang yang diberikan kepada pimpinan negeri. Yang tidak mampu disangkal adalah kejayaan program kepedulian rakyat walaupun kuasa negeri terbatas.

Rakan-rakan NGO dan aktivis berhak untuk terus memantau perjalanan dan prestasi PH dan menegur atau mengemukakan cadangan. Saya tetap berkeyakinan akan peranan mereka terus menunjangi perubahan menjelang PRU ke 14. Sistem pilihanraya yang tempang dan kecoh perlu diluruskan. Kesedaran dan kebangkitan rakyat yang resah dengan tekanan hidup dan merebaknya budaya rasuah tidak mungkin dibendung melainkan dengan tipu-helah perjalanan pilihanraya. Percubaan kerajaan khususnya Peguam Negara melindungi penjenayah skandal 1MDB tidak menghalang tujuh negara meneruskan siasatan yang mereka sebut sebagai "penipuan, rasuah, rompakan harta khazanah negara."

Penyelewengan dan rompakan tidak menemui titik noktahnya; hinggakan kepentingan peneroka, majoriti besar Melayu-bumiputera turut dikhianati. Skandal Felda-FGV berlarutan sekian lama dan kini terbongkar. Menuding peranan seorang tokoh, atau kambing hitamkan seseorang hanya helah licik mengaburi mata peneroka dan rakyat. Kecurangan berleluasa dan kerugian kedua-dua skandal besar ini mencecah puluhan bilion ringgit. Kita boleh senaraikan ratusan kisah keterlanjuran, sebahagiannya diambil tindakan, dan selainnya terus dilindungi.

Menjelang PRU ke 14, UMNO-BN seperti lazimnya akan mengerah jentera kerajaan; media milik mereka; bersama saudagar kaya mengupah pekerja politik dan mengugut rakyat.
PH dan rakan-rakan dalam gerakan rakyat perlu bangkit sebagai kekuatan raksasa, menggalas amanah menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia tercinta.

Anwar Ibrahim
30 Julai 2017




Propellerads
- -
Yang dikasihi Presiden, sdr Timbalan, pimpinan dan perwakilan rakan seperjuangan [sagothara sagotheregelei, peng you men].
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan salam Reformasi.
Kepada Allah SWT dipanjatkan kesyukuran, dipohon restu dan keberkatan.
Saya dapat bayangkan suasana Kongres KEADILAN: meriah, bersemangat dan bersilatur rahim. Panji-panji dipacak, bendera dikibar megah dan slogan dilayari. Namun ukuran kejayaannya adalah suntikan semangat dan daya juang; muafakat diperkukuh dan tindakan susulan. Kerana sesungguhnya wadah Reformasi mendamba kebebasan dan keadilan menuju keredhaan Allah - Islah mas ta’ ta’tu - dengan sedaya upaya kita.
Hampir dua dasawarsa lalu, sejurus setelah bergulirnya Reformasi dan Perisytiharan Permatang Pauh, KEADILAN dilancarkan. Parti Keadilan Nasional seterusnya mendakap tenaga progresif lainnya, utamanya Parti Rakyat Malaysia dan menjelmakan wadah baru Parti Keadilan Rakyat. Rakan-rakan pengasas yang membidani kelahirannya merencanakannya sebagai wadah nasional, menggembleng tenaga secara inklusif, menebarkan jaringan untuk semua kaum, agama dan wilayah.
Sejak awal, diinsafi hambatan parti jalur tengah, untuk memecah tembok prasangka kaum dan kefanatikan agama. Perjuangan kaum disebatikan sebagai agenda menyelamat bangsa sementara sebahagian penegak agama menggunakan pendekatan jumud, mengongkong ruang berfikir. Maka kita terpaksa berdepan dengan sistem politik zalim dan rakus serta pembenturan idea mengenai aspirasi rakyat, faham agama dan keadilan. Dukungan awal ternyata lebih di kalangan generasi muda yang mencemuhkan sentimen yang memperdaya rakyat; memperalatkan slogan muluk tetapi menggunakan kuasa untuk menjarah kekayaan.
Pengalaman awal sungguh melelahkan menghadapi penangkapan dan rempuhan; menyebabkan yang lemah semangat akan kecundang, terutama menjelang pilihanraya bila harga diri yang meningkat secara mendadak. Adapun majoriti pimpinan dan reformis kekal dengan agenda perubahan, yakni menghindari perseteruan kaum dan permusuhan agama; menolak dasar usang yang memeras rakyat. Penyair TS Elliot melakar perubahan menurut acuan baru:
“To become renewed, transfigured, in another pattern…

We cannot revive old factions
We cannot restore old policies
Or follow an antique drum.” (1)
Arakian, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat ketika itu berjaya merubah peta politik negara. Amat melegakan bila kita dapat memecahkan kubu Barisan Nasional di kawasan pedalaman, memperolehi dokongan majoriti Orang Ulu di Ba’kelalan, majoriti Iban di Krian, dan Kadazan di Penampang. Kemenangan diperolehi di kawasan majoriti Cina di Gopeng dan Batu sementara majoriti pengundi India memilih KEADILAN di Kapar dan Padang Serai. Di kawasan majoriti Melayu termasuk Kuala Kedah, Indera Mahkota, Gombak dan Permatang Pauh, kita menang bergaya. Namun kemenangan kita di kawasan campuran lah yang istimewa mengangkat kedudukan parti di paras tengah - seperti di Kuantan, Bayan Baru, Ampang dan Sg Petani.
Apa yang didakwa sebagai kubu tradisi UMNO, iaitu Johor turut tersentak manakala badai rakyat mendarat di Batu Pahat. Mitos kaum, agama, kubu tradisional mampu dirembat dengan kecekalan dan muafakat.
Pengalaman PRU13 mengundang tindak lebih ganas dan rakus oleh elit penguasa. Sistem pilihanraya dijangka lebih curang; dan helah menyekat pemimpin pembangkang bertanding, dan pengenalan undang-undang lebih drakonian ketimbang Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Dalam ucapan Presiden UMNO pada 11 Mei lalu, diulang jeritan untuk mempertahan hak Melayu hingga titisan darah terakhir. Mereka mencanang ancaman Cina, khususnya DAP dan sekaligus KEADILAN, Amanah dan Bersatu.
Propaganda licik mereka disambut segelintir profesor, ulama, mantan Ketua Hakim dan aktivis NGO tajaan mereka. Ruang menjawab hujah perkauman ditutup, maka monolog berterusan. Tidak dihiraukan bahawa muafakat Pakatan Harapan bertunjangkan prinsip Perlembagaan - bahasa kebangsaan, Islam, hak keistimewaan dan kedaulatan Raja. Dan dipadamkan tuntutan mengenai hak kebebasan rakyat, negara hukum serta gelagat penguasa melahap khazanah negara dan mendera rakyat.
Ke mana lesapnya berbilion ringgit dana saham terbitan yang diperuntukkan kepada bumiputera? Betapa halnya dengan terlingkupnya Bank Bumiputera sementara puluhan tanah rizab Melayu dan tanah adat dirampas? Siapa yang mengkhianati agensi dan lembaga amanah bumiputera hingga hampir kesemuanya terpalit dengan rasuah dan penyelewengan - MARA, Tabung Haji hingga projek rakyat termiskin? Harta peneroka FELDA yang membanting tulang menerobos hutan belantara disonglap sepertimana yang terdedah dalam Felda Global Ventures (FGV).
Menelusuri laporan tahunan Ketua Audit Negara saban tahun, dikesan puluhan bilion ringgit ketirisan akibat salah urus. Penggeledahan SPRM yang membayangkan pengkhianatan amanah sekian lama mengejutkan rakyat dengan angka-angka besar - RM200 juta di satu Jabatan Air Sabah, RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan, dan seterusnya tanpa noktah.
Pada tahun 2010, saya mempersoal Perdana Menteri mengenai keputusan kerajaan menyerahkan tanah strategik TUDM Sg Besi kepada 1MDB untuk diuruskan oleh Jho Low tanpa proses pembidaan dan ketelusan. Di Parlimen, saya menuntut penjelasan mengapa tidak ditekankan syarat penyertaan syarikat tempatan, ekuiti bumiputera, kebajikan pesara TUDM? Dan berdasar laporan audit tahun tersebut, diusulkan supaya PAC menelitinya. Surat tersebut tidak dijawab, dan kini nasi sudah menjadi bubur. Pekung busuknya telah dihidu di Amerika, Singapura, Switzerland. Skandal ini akan kekal membelit sang penguasa dan membebankan negara. Persis seperti kata Sasterawan Negara A. Samad Said:
“... kengerian simbolik dunia kuasa - khusus dunia siasah tanah air yang mulai lebih memuja manfaat zahir daripada naluri nilai adab.”
Muktamar PAS baru-baru ini memuktamadkan keputusan membatalkan kerjasama dengan KEADILAN. Keputusan tersebut dapat diduga melihatkan pendirian parti tersebut beberapa tahun kebelakangan yang lebih lunak dengan UMNO; tidak membangkang Belanjawan yang memperkenal GST, menaikkan harga minyak dan gula, dan tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.
Namun kita merasa kecewa kerana kenyataan yang menyelar pendirian KEADILAN, malah mengelirukan berkaitan RUU 355.
Sandiwara menarik berulang, PAS menyerang KEADILAN kerana kononnya menentang RUU 355, dan media UMNO-BN mengecam Presiden kerana kenyataannya menyokong hudud!
Presiden telah menjelaskan, dan saya ingin menegaskan dalam perkara RUU 355, KEADILAN menghormati hak PAS membentang, tetapi harus dibahaskan dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Yang memutuskan untuk tidak membentang semula adalah Dato’ Sri Najib yang bermakna RUU tersebut terkubur dengan sendirinya.
Kita musykil mengapa tidak ada sanggahan terhadap UMNO? Mengenai hudud, yang tertera di dalam Al Quran harus diakui oleh semua Muslim. Kenyataan Presiden yang panjang lebar menjelaskan pandang ulama mengenai keutamaan dan pengalaman kemerdekaan Indonesia yang ingin memelihara keamanan dan kesatuan Republik.
Wajar saya nyatakan selaku sahabat karib kepada ramai pimpinan PAS bahawa saya dan keluarga KEADILAN tetapi menghargai keprihatinan dan muafakat selama hampir dua dekad, terutama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Fadzil Noor, Haji Yusuf Rawa dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Keputusan PAS terkini mengejutkan dan menghampakan ramai. Namun demikian pilihan mereka untuk beralih dari ketetapan lama dan menuju ke aras baru yang tidak ingin kami duga.
KEADILAN tidak perlu terus berhempas pulas dengan isu tersebut.
Tumpuan sekarang adalah menerima kenyataan terkini dan terus mengangkat keupayaan jamaah. Pada tahun 2015, muafakat baru bersama DAP dan AMANAH dimeterai sambil memantapkan agenda perubahan. Dan kini Bersatu dirangkul dan dengan membuka ruang penyertaan NGO, reformis, aktivis sehaluan.
Sekutu Pakatan Harapan perlu sedar keperluan membina konsensus dalam menentukan perkara dasar dan bahawa ianya tidak disamakan dengan pertarungan segelintir elit politik yang silih berganti tanpa agenda perubahan yang jelas.
Negara kian merosot, ekonomi dan tatakelola, bukan semata kerana 1MDB, tetapi kerana runtuhnya institusi asas negara, demokrasi tercemar; ekonomi tidak mampu dipacu dengan rancak dan kesenjangan terus melebar; prinsip pengasingan kuasa dan negara hukum turut terjejas.
Gendang bakal dipalu menandakan bermulanya pertarungan politik yang sengit- PRU ke 14. Maka wajar sekali dipancang perhatian kepada pimpinan dan jentera KEADILAN.
Dalam menghadapi kegawatan dan merebut kedudukan, janganlah dikorbankan idealisme dan nilai akhlak. Seperti yang disinggung sebelumnya, kegelojohan telah mengakibatkan beberapa aktivis kecundang menjelang PRU dengan menjual maruah.
Pengorbanan dan kecekalan yang dikasihi Azizah selaku Presiden amat dihargai. Beliau memilih untuk berhujah dengan sederhana dan ikhlas dan seringkali ditegur kerana tidak memberikan jawapan politik. Presiden harus mengekalkan sosok peribadinya yang sopan; tidak ghairah untuk merebut jawatan untuk menjadi adipati atau Mangku Negara; tetapi sebagai adiluhung yang sopan dan berbudi pekerti. Demikian wataknya yang menjadi pengimbang dalam barisan kepimpinan yang biasa tegang dan panas. Kekuatannya bukan justeru menjanjikan kedudukan, projek atau dana, tetapi semata kerana kecintaan kepada perjuangan. Menurutnya, tidak mudah mengemudi bahtera parti penuh dengan jagoh pintar dan dalam gelombang. Mujurlah masih ada secebis kertas watikah calon yang kekal dalam tangannya.
Parti menampilkan Timbalan Presiden merangkap Menteri Besar Selangor yang tampan. Pendedahan awal beliau dalam dunia politik dan pentadbiran memungkinkan beliau menjadi gandingan Presiden dan memimpin kerajaan Negeri Selangor dengan cemerlang.
Beberapa pembaharuan telah dimulakan di Selangor sejak 2008, tetapi telah meningkat selaras dengan aspirasi rakyat. Keprihatinan terhadap rakyat Selangor merentasi kaum. Ini termasuk peningkatan program ilmu di UNISEL; Maahaf tahfiz, Sains dan Teknologi, dan SRJK Tamil; Smart Selangor; prasarana; dan Yayasan Hijrah.
Meskipun kuasa negeri dalam aturan Persekutuan atau Federalisme yang diamalkan terbatas; prestasi Selangor perlu dikerahkan ke seluruh negara membedakannya dengan kelembapan pentadbiran negeri lainnya. Saudara Azmin kini tertumpu perhatian kepada agenda pembangunan yang lebih menyeluruh agar tidak terlihat terlalu melayani pemaju kebimbang pembangunan rakyat. Saya sering menggesa beliau untuk lebih kerap menjelajah Cabang-Cabang negeri lain setelah kejayaannya memantapkan pentadbiran negeri.
Parti menzahirkan semula suadara Saifuddin Nasution, tokoh petah yang menjelma dipelusuk tanahair, sebagai Setiausaha Agung. Pengalaman beliau mengendali Yayasan Tok Kenali dibawah naungan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dimanfaatkan di Pulau Pinang. Ketua Menteri, saudara Lim Guan Eng mengamanah beliau dengan tugas strategik mendekati rakyat, terutamanya Melayu dan menggariskan program tambahan manakala perlu.
Jalinan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Majlis Pimpinan Negeri diketuai saudara Mansor Othman amat bernilai kerana memberi ruang mengenengahkan isu-isu seperti peluang perniagaan, perumahan. Tohmahan pimpinan UMNO yang kaya ialah bahawa tanah Melayu Pulau Pinang tinggal sekangkang kera, walhal tanah Melayu telah langsai setelah puluhan tahun dibawah UMNO-BN.
Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP) diterajui saudari Nurul Izzah dengan menimba pengalaman tokoh seperti Dr Xavier Jayakumar, saudara Lee Boon Chye, beliau telah memberikan nafas baru dengan pendekatan yang serasi dengan tuntutan semasa. Beliau gigih menyusun jentera, menggaris strategi dan menjelajah ke Negeri dan Cabang. Program latihan jentera pilihanraya lebih pesat dengan kerjasama saudari Fuziah Salleh dan Dr Zaleha Mustafa sepertimana yang beliau tekankan, faktor terutama adalah jentera akar umbi; dan menurut amalan parti, JPRP bertanggungjawab membuat saringan awal nama-nama calon yang diusulkan Cabang dan Negeri untuk pemilihan pimpinan.
Terkait dengan jentera dan mobilisasi, nama saudara Rafizi Ramli terserlah dengan inisiatif bernilainya- Invoke. Dalam PRU lalu, beliau banyak membantu membekalkan bahan kempen, dan kali ini mengerahkan sukarelawan begitu ramai sekali, terutama di kalangan muda. Sepertimana saudara saudari sedia maklum, kekuatan KEADILAN dan agenda Reformasi adalah justeru keupayaan menarik dukungan khalayak yang bukan anggota parti. Ini dapat dilaksanakan oleh saudara Rafizi dengan ikhtiar mencungkil kemahiran teknologi digital- terangkul dalam apa yang diungkapkan dalam rencana The Economist (March 26, 2016) sebagai “collective action” dan “cognitive democracy”.
Kak Zu, nama timangan saudari Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita yang lantang suaranya dan rancak kerjanya. Formula WIN yang dilontarkan beliau mampu memberikan lonjakan tetapi memerlukan komitmen pimpinan akar umbi. Sasaran kita menampilkan calon wanita belum tercapai, di antara lain kerana prasangka dan faham kolot dan jumud yang disandarkan kepada hujah agama. Pengiktirafan KEADILAN kepada wanita masih tertinggi ketimbang lain parti dalam negara- Presiden, Pengarah Pilihanraya, Pengarah Akademi, Pengerusi MPN Sabah. Justeru itu saya berkeyakinan Kak Zu bersama Haniza, Siti Aishah, Yee Ling, Sangetha dan lain-lain mampu memperkukuh benteng Srikandi.
Pimpinan KEADILAN memberikan ruang dan wewenang kepada Angkatan Muda KEADILAN untuk bergerak. Kegiatan ketara lebih rancak di beberapa AMK Negeri dan Cabang. Maka, ada keperluan mendesak untuk dikumpul semula aktivis muda yang berselerak - saudara Nik Nazmi, Dr Afif, Lih Kang, Ming Kai, Khai Loon untuk merangka strategi menyemarakkan semula kegiatan. Saya usulkan saudara Shamsul Iskandar, mantan Ketua AMK yang masih berdamping dengan pimpinan muda untuk membantu dan menyeleraskannya.
Saudari Christina Liew di Sabah dan saudara Baru Bian di Sarawak diamanahkan untuk memimpin pasukan negeri kerana pengalaman dan kewibawaan mereka. Parti telah sepakat untuk memberikan ruang dan keluwesan untuk mereka merencana strategi dan bergerak. Namun, mereka juga terdedah dengan tekanan dan beban logistik. Justeru itu, pimpinan,JPRP dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri harus turut memikul tanggungjawab membantu mereka.
Saya turut hargai kesediaan sahabat lama saya saudara Muhammad Muhd Taib membentuk jaringan tokoh-tokoh lama KEADILAN bersama aktivis.
Begitu juga peranan saudara Saifuddin Abdullah yang mengetuai Sekretariat Pakatan Harapan, kedudukan yang menuntut kebijaksanaan kepekaan.
Saya telah menyebut puluhan nama rakan dan puluhan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang berjaya ditawan. Saya mohon maaf kerana keterbatasan waktu untuk menyebut ratusan nama lainnya yang mungkin lebih gagah dan berjasa.
Jamaah kita kukuh kerana sumbangan dan pengorbanan semua- dari Pusat ke Ranting, termasuk reformis, aktivis dan NGO yang sealiran. Manakala dirangkul semuanya, ia akan menjelma menjadi kekuatan raksasa.
Matlamat kita sama, mencari keredhaan Ilahi, dan memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Wadah kita menggaris beberapa dasar pokok yang disepakati. Ikhtiar kita bersama menuntut perubahan terpaksa berdepan dengan elit penguasa yang rakus dan zalim, mendera kalangan yang dianggap mengancam kedudukan mereka.
Mangsa yang dibelasah, dipenjara, difitnah, dibuang kerja, disingkir dari universiti dan dinafikan hak menyertai pilihanraya mencecah ratusan orang. Maka janganlah diizinkan keselesaan sementara yang dinikmati sebahagian menyebabkan rapuhnya keyakinan dan malapnya idealisme. Gagasan yang diusung menuntut penggemblengan seluruh tenaga dan pendekatan inklusif.
Marcus Tullius Cicero, bintang Rumawi sekitar 2100 lalu tidak hanya menghimbau falsafah di awangan, tetapi turut aktif dan menggesa kalangan pemberani dan bijak untuk turun ke gelanggang politik kerana
“tekad untuk tidak menyerah kepada si durjana,
dan tidak mengizinkan negara dimusnah oleh
mereka.”
Hasrat murni yang tercerna dari keyakinan inilah yang menzahirkan wadah keadilan. Pimpinan bukan hanya harus menggesa tetapi perlu bermuhasabah, memberani diri dan mengawal keterlanjuran yang mengundang kewujudan kabilah dan sengketa.
Pada kesempatan lalu, saya menegur keras kecenderungan kalangan yang seolah kehilangan arah, mengemis dukungan dari siapa saja tanpa menghirau soal prinsip dan idealisme.
Terlalu banyak waktu diperuntukkan untuk merangka helah menjaga kepentingan peribadi dari tugas memperkukuh jentera dan menjelajah ke cabang dan akar umbi. Pencalonan bertarung dalam empat pilihanraya umum wajar mendewasakan kita. Pertama, menetapkan keutamaan menjana kekuatan jentera parti, dalam satu saf yang inklusif. Kedua, agar tidak terjebak dengan muslihat musuh mengadu-domba melalui media yang dimiliki UMNO dan MCA. Ketiga dan paling afdhal, sentiasa menggilap idealisme agar tidak tersasar dari matlamat perjuangan.
Abul Hassan Ali an Nadawi menggagaskan perubahan untuk menolak kecurangan amalan politik, ekonomi dan hukum. Menurut beliau, untuk mencapai maksud tersebut, janganlah diizinkan wujud keadaan di mana
“pengeran dan hartawan yang boros semsutera (membiarkan) wanita miskin bergelandangan di jalanan.”
Peringatan beliau lebih keras terhadap budaya politik, di mana
“kalangan pintar dan jujur dihina dan disingkirkan dan diganti manusia berjiwa kerdil, tanpa ilmu dan berketrampilan selain keupayaan menjilat, menghasut dan berkomplot.”
Saudara saudariku yang diingati,
Bersedialah dengan segala kekuatan dan ikhtiar menghadapi PRU ke-14. Dengan limpahan skandal dan pengkhianatan dalam tubuh kerajaan BN, kehidupan rakyat tertekan dengan kenaikan mendadak harga barang, kesenjangan miskin kaya yang kian membengkak adalah kesempatan terbaik dalam sejarah untuk tumbangkan kerajaan UMNO-BN.
Elit penguasa tidak akan berupaya mempertahankan kecurangan dan skandal besar yang berlaku; maka mereka pasti akan menghangatkan isu kaum dan agama.
Kita juga harus mewaspadani percubaan mereka untuk menghasut ke arah perseteruan, dan seperti lazimnya menjelang setiap PRU, ada saja ahli yang terkulai layu dengan anugerah dana oleh mereka dan akan melalak kuat di corong TV3 menurut skrip penguasa.
Jemaah mesti mantap dan padu dibawah pimpinan Presiden dan dengan gandingan Timbalan, Naib-Naib, Setiausaha Agung dan barisan pimpinan, KEADILAN akan bergerak sederap, berjuang hingga menang, insyaAllah.
Kepada Allah SWT dipohon petunjuk.
Anwar Ibrahim
21 Mei 2017
Penjara Sungai Buloh
#BebasAnwar #BebasRakyat


- -
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
.
.

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
.
Sahabat yang di rahmati Allah,
.
.
Bacalah doa ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar Alkhattab untuk memeluk agama Islam.
.
.
Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha allah dengan izinnya.





Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez


Terjemahannya:
.
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
.
.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan
- -

Remote Submitter



Buy and Sell text links