Select Menu

Slider

Travel

Performance

Tazkirah

My Place

Slider

Busines

Online

Videos


Munah Bakar, 76, masih gigih menghasilkan penyapu lidi yang menjadi sumber pendapatan, selepas kematian suami, lapan tahun lalu dan tinggal seorang diri di Kuala Bekah, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebelum ini, warga emas ini bergantung pada bantuan JKM RM300 sebulan tetapi tidak menerimanya lagi kerana akaunnya tidak dikemas kini. Rumah yang didiaminya juga daif, dengan sebahagian kayu dimakan anai-anai serta nasibnya telah mendapat perhatian Pertubuhan Kebajikan Anak Penaga (PERKAP).
- - -
13/2/2017- Tidak cukup menimbulkan kemarahan Persatuan Nelayan Tanjung Tokong tentang kemusnahan kawasan paya bakau di Bagan Jermal yang didakwa berpunca daripada aktiviti penebangan bakau dan penambakan laut.
Sehubungan itu, Persatuan Nelayan Tanjung Tokong menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang tampil memberi penjelasan kemusnahan tersebut.
Ini ekoran kerajaan negeri dilihat begitu mudah membenarkan pemaju projek berkenaan ‘meratah’ kawasan paya bakau berkenaan yang penting kepada ekosistem di kawasan itu.
Kini Kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi menimbulkan kemarahan golongan nelayan.
Kira-kira 30 nelayan di Kuala Muda, Penaga, mengadakan demonstrasi membantah Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa tidak menunaikan janji memberi pukat kepada mereka.
Propellerads
Wakil kumpulan berkenaan, Mohamad Wan Chik berkata, seramai 191 nelayan berdaftar di kawasan itu sepatutnya layak menerima bantuan berkenaan namun hanya 60 orang daripada mereka yang menerimanya daripada kerajaan negeri.
“Sehingga kini kami tidak menerima apa-apa penjelasan berhubung sikap pilih kasih kerajaan negeri ini.
“Jika tidak mahu bagi, jangan menabur janji, ” katanya kepada pemberita di Jeti Nelayan Pasar Bisik semalam.

- - - - -

TIDAK dinafikan terdapatnya individu atau kumpulan yang turut memberikan sumbangan dengan meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat seperti golongan wartawan dan ulama.

Walaupun nama mereka tidak besar dan tidak diabadikan dalam buku-buku sejarah, namun mereka juga merupakan individu yang dekat dengan peristiwa bersejarah itu.

Itulah yang mahu ditonjolkan oleh TV AlHijrah apabila membawakan sebuah dokumentari khas, Jauhari Merdeka

sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Penerbitnya, Mohd Lutfi Hafifi Japli berkata, Jauhari Merdeka membawa penonton menelusuri kisah perjuangan dan peranan ulama terbilang dalam menyempurnakan proses kemerdekaan.

"Tahun-tahun menuju ke arah kemerdekaan merupakan satu zaman yang penuh cabaran dan pancaroba.

"Bukan saja peranan dan semangat nasionalisme Melayu berada pada tahap kemuncak, bahkan suara daripada sisi dinding madrasah turut berbunyi mahukan kemerdekaan," katanya kepada Zass.

Katanya, antara tokoh ulama yang memainkan peranan penting ialah Syeikh Abdullah Fahim kerana diberi kepercayaan untuk memilih tarikh kemerdekaan negara yang dirasakan serasi untuk dikemukakan kepada pentadbiran Inggeris.

Menurutnya, tokoh ulama itu kerap berdampingan dengan Gerakan Melayu bertujuan meniup semangat kemerdekaan kepada masyarakat melalui madrasah mengikut ajaran agama Islam, selepas kepulangannya dari Makkah pada 1916.

"Sebagai tokoh yang terkenal dalam ilmu falak (astronomi), beliau didatangi oleh Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman bagi menentukan tarikh kemerdekaan yang bersesuaian.



"Berbekalkan nasihatnya dan kebijaksanaan Tunku, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat itu bukanlah dipilih secara sesuka hati sebaliknya melalui ilmu falak yang dimilikinya lantaran dikatakan keadaan pada hari berkenaan ‘sangat cantik’ kerana cuaca yang tenang, aman dan elok.

"Difahamkan juga, jika negara tidak mencapai kemerdekaan pada tarikh tersebut, kemerdekaan negara perlu ditangguhkan sehingga lima tahun kemudian iaitu pada 31 Ogos 1962," katanya.

Mohd Lutfi Hafifi berkata, tindakan tersebut (berunding) diaplikasikan selepas Syeikh Abdullah Fahim melihat bagaimana ulama di Makkah memberi nasihat kepada ulama dari Indonesia berurusan dengan Belanda tanpa berlakunya pertumpahan darah.

"Oleh itu, beliau mempraktikkan cara tersebut kerana berpendapat cara terbaik adalah dengan berunding dan menggunakan laluan politik dan bukannya melalui kekerasan.

"Bahkan, semua masyarakat turut menerima pendapatnya sementelahan lagi beliau bukanlah seorang ulama yang bersifat agresif tetapi penuh dengan ketinggian akhlak dan keluhuran budi," katanya.

Bukan itu saja, katanya lagi, kepakaran datuk kepada bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu juga tidak terbatas setakat itu saja. Berbekalkan ilmu yang dipelajarinya, Syeikh Abdullah Fahim turut menyumbang jasa dalam bidang pendidikan apabila terlibat sebagai pengasas dan menjadi mudir di sekolah pondok.

"Beliau juga menubuhkan sekolah pondok, Madrasah  Daeratul Maarif Al-Wataniah di Kepala Batas, Pulau Pinang dan Madrasah Idrisiah  di Kuala Kangsar, Perak dan sehingga ke hari ini dua madrasah ini masih beroperasi.

"Malah, keterlibatannya dalam dunia pendidikan turut melahirkannya ke arah pemikiran yang lebih terbuka namun masih lagi bersifat penuh kesederhanaan,” katanya.



"TAMBAH PENDAPATAN ANDA

$ MODAL SERENDAH RM50/LOT
$ TERIMA 5% - 7% PROFIT SETIAP MINGGU SELAMA 6 BULAN
$ MODAL DIKEMBALIKAN
$ 24 JAM PROSES PENGELUARAN
$ CARA TRADING MENGIKUT SYARIAT
$ SISTEM KESELAMATAN YANG TERKINI
$ LEBIH DARI 12 000 AHLI BERDAFTAR
Sila kunjungi : . [Click Here]
 Pelbagai kajian

Menyedari penghasilan dokumentari ini berkaitan dengan sejarah negara, Mohd Lutfi Hafifi menjelaskan, pihaknya menjalankan kajian dan penyelidikan lebih dua bulan agar segala fakta yang diperoleh benar dan tepat.

"Mungkin ada yang mengetahui dan mengenali beliau, tetapi tidak mendokumentasikannya sebaliknya hanya  sekadar menulis. Terdapat juga buku-buku mengenainya namun jika secara visual ia masih belum ada. Bahkan, tiada yang benar-benar fokus mengenai peranannya dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Oleh sebab ia adalah fakta sejarah, jadi, ia memerlukan penelitian yang betul dan tepat. Kita juga tidak bersandarkan kepada buku semata-semata sebaliknya turut melalui kajian lapangan dengan menemu bual individu yang terlibat seperti ahli akademik, tokoh ilmuan,
sejarawan, ahli keluarga dan juga bekas anak didiknya.

Menawarkan sesuatu yang berbeza kepada audiens, katanya, adalah menjadi harapan agar penonton dapat menilai dan melihat kemerdekaan dari sisi yang berbeza.

Bagi mereka yang ingin melihat perjalanan Syeikh Abdullah Fahim memperjuangkan kemerdekaan tanah air, jangan lupa menyaksikan dokumentari khas, Jauhari Merdeka yang bakal bersiaran  di TV AlHijrah (saluran 114) mulai jam 8.30 malam pada 31 Ogos ini.


- - -
KEPALA BATAS PULAU PINANG
AKTIVIS YANG JUGA MERUPAKAN VETERAN UMNO YANG CUKUP DIKENALI DI KAWASAN UTARA , DATUK JAMALUDDIN OMAR, 80, MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEGAGALAN BUAH PINGGANG DI HOSPITAL KEPALA BATAS AWAL PAGI TADI.
JAMALUDDIN YANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI PAK TAM, MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR PADA 1.30 PAGI TADI SETELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL BERKENAAN SEJAK SEBULAN LALU SETELAH KESIHATANNYA TIDAK STABIL,AKIBAT MENDERITAI PENYAKIT ITU BEBERAPA TAHUN LALU.
PAK TAM MENINGGALKAN ENAM ANAK, DUA LELAKI DAN EMPAT PEREMPUAN DARI DUA PERKAHWINAN DAN SEORANG BALU, AZIZAH HAMID,76.
SELAIN PERNAH MEMEGANG JAWATAN KETUA PENERANGAN UMNO PARLIMEN KEPALA BATAS BELIAU TURUT PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI SETIAUSA SULIT KEPADA YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG TUN ABDUL RAHMAN ABBAS.
SEBELUM ITU ALLAHYARHAM JUGA MERUPAKAN BEKAS SETIAUSAHA KEPADA TUN ABDUL RAHMAN YANG PERNAH MENJADI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BERTAM SELAMA EMPAT PENGGAL.
SEHINGGA MENHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR, ALLAHYARHAM MASIH BERGERAK CERGAS DALAM KERJA KEMASYARAKATAN DENGAN MENJADI PENGERUSI AKTIVITI KEMAS PARLIMEN KEPALA BATAS, PENGERUSI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) LAHAR BUBU DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG NEGERI.
RAMAI KENALAN TERMASUK RAKAN BAIK DAN PEMIMPIN UMNO TEMPATAN HADIR KE RUMAHNYA DI PERMATANG TINGGI B , KEPALA BATAS UNTUK MEMBERIKAN PENGHORMATAN TERAKHIR.
JENAZAHNYA TELAH DIKEBUMIKAN SELEPAS SOLAT ZOHOR DI TANAH PERKUBURAN ISLAM, DI PEKARANGAN MASJID PAYA KELADI PETANG TADI.

- -
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap segala persengketaan yang berlaku dapat dilupakan terus untuk mengukuhkan tali persaudaraan sesama kaum di negara ini khusus pada sambutan Aidilfitri ini.

"Kita harap begitu. Jangan bergaduh memandangkan Hari Raya adalah hari yang baik untuk mengukuhkan persaudaraan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata membina kekuatan perpaduan antara rakyat adalah penting kepada kerajaan dalam usaha menguatkan lagi ekonomi sekali gus membangunkan negara dengan kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

"Jangan biar tembok-tembok perpaduan ini menjadi retak dan runtuh apatah lagi wawasan negara untuk lihat negara maju pada 2020.

"Kunci kekuatannya adalah bergantung keamanan, keharmonian dan juga perpaduan. Rebutlah peluang di saat Aidilfitri dan Rumah Terbuka untuk terus menyusun kebersamaan dan kekuatan serta keharmonian bersama," katanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap pada sambutan Aidilfitri tahun ini, rakyat dapat memperkukuh perpaduan bagi memastikan keamanan negara terus terjamin.

Beliau berkata ini untuk mengelakkan kejadian provoksi seperti di Plaza Low Yat pada Ahad lepas tidak berulang lagi.

"Kalau situasi berlaku di Plaza Low Yat, kita lihat tidak ada seorang pun yang menang, semua pihak kalah. Peniaga tidak dapat berniaga dan rakyat merasa bimbang," jelasnya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari juga berkata perpaduan antara kaum harus dikekalkan sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

"Kita dapat duduk bersama meraihkan perayaan Aidilfitri dalam suasana aman, tenang dan tanpa masalah," katanya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata rakyat Malaysia perlu memfokus kepada keharmonian dan perpaduan negara menyifatkan insiden Plaza Low Yat menggambarkan sifat perkauman masih wujud di negara ini.

"Kita perlu memastikan isu seperti ini tidak berulang. Mari kita bekerjasama sebagai satu pasukan bagi membina bangsa dan negara ini. Ia merupakan kekuatan negara kita," katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata walaupun negara sedang menghadapi cabaran, rakyat Malaysia akan terus menyokong kerajaan dalam mengekal keamanan dan perpaduan.

"Melihat kepada ramai orang yang membanjiri rumah terbuka hari ini, ia jelas membuktikan rakyat mempunyai keyakinan kuat dan percaya kerajaan akan terus memperbaiki keadaan masyarakat.

"Ini juga menggambarkan walau apa pun bangsa seseorang itu, namun apabila tiba musim perayaan seperti ini, rakyat akan bekerjasama dan bersatu tanpa mengira bangsa dan agama, katanya.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni berkata lebih ramai warga tempatan dan asing teruja melihat perdana menteri dan yang lain di rumah terbuka ini.

Beliau juga percaya masa depan rakyat Malaysia adalah bergantung kepada semua kaum yang hidup secara harmoni.

Dengan berkata begitu, beliau juga menegaskan kuasa membeli adalah datang daripada setiap kaum di negara ini.

"Jika kita hanya memilih sesetengah kaum untuk menyumbang kepada kuasa membeli, ia akan menghalang pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Sumber : Astroawani
- - -

Remote Submitter



Buy and Sell text links